Adakah Arman akan pergi menyapa Aleesa?

Di Antara Garisan Ep. 1

Episod 1

                Tuai Padi Antara Masak
                Esok Jangan Layu-layuan
                Intai Kami Antara Nampak
                Esok Jangan Rindu-rinduan

   Kriinngggg....."Argghh.....", geliat Arman sambil menekan jam loceng di tepi katilnya. " Malasnya aku nak bangun.", keluh Arman sambil mencapai tuala mandinya. Dia terus pergi ke bilik air dan merenung cermin sendirian. "Serabutnya kepala aku ni. dateline hari ni, tapi satu benda aku tak siapkan lagi. mengamuk orang tua ni nanti" keluh Arman sambil mencapai berus gignya.

   "Selamat Pagi ayah, selamat pagi ibu." sapa Arman kepada kedua ibubapanya. Pn. Sri Elyana dan Tan Sri Zakaria merupakan orang tua Arman. Tan Sri Zakaria mempunyai sebuah empayar perniagaan yang amat besar. Mawar Holdings merupakan hasil titik peluh Tan Sri Zakaria dan juga Pn Sri Elyana. Perniagaan tersebut dijalankan pula oleh legasi mereka yang bernama Muhammad Arman yang merupakan anak mereka yang kedua. Arman mempunyai kakak yang sedang berada di USA. Kakaknya hanya 2 tahun lebih tua dari Arman dan sedang mengejar cita-citanya.

    "Arman, proposal yang ayah suruh siapkan tu kau dah siapkan? Mesyuarat Lembaga Pengarah tu hari ni. Kau kena impressedkan board tu untuk terima cadangan projek kau tu nanti.", tanya Tan Sri kepada terunanya. "Sudah ayah, tapi Arman tak berapa yakin dengan kertas cadangan tu sebab ada persoalan yang belum terjawab. Mungkin Arman nak tangguhkan cadangan tu ke mesyuarat akan datang.", jawab Arman lembut sambil menghirup air milo kegemarannya."Tak apa la abang, tahulah dia nak buat tu nanti. Awk tu kena rehat banyak baru lepas keluar hospital dah fikir pasal kerja.",bela Pn Sri kepada anaknya.

     "Oklah ayah,ibu. Arman nak pergi dah ni, nanti lambat lak sampai. Arman pergi dulu ye.", balas Arman kepada ayah dan ibunya sambil meminta restu dengan bersalaman dengan kedua orang tuanya itu.

      "Selamat pagi En Arman", sapa pekerjanya kepada Arman. "Selamat pagi semua" balas Arman ringkas kepada pekerjanya."Lina, boleh tolong bagi saya agenda hari ni", tanya Arman lembut kepada setausahanya itu sambil berlalu ke pejabatnya.

      "Sekejap lagi En ada satu temuduga untuk jawatan Pegawai Statistik baru." jawab Lina lembut.
      "Pegawai Statistik baru? Jawatan apa tu?", tanya Arman hairan.
      "Jawatan ni Tan Sri wujudkan untuk projek baru di Langkawi. Saya dah sediakan calon-calonnya dan mereka akan sampai kejap lagi.", balas Lina sambil menyerahkan fail kepada Arman.
      "Oh..ok kalau macam tu awak panggillah calon pertama nanti. Awak boleh keluar dan by the way, buatkan saya secawan milo ye.", balas Arman sambil tersengih.

      Tok...Tok...Tok
      "Masuk", jerit Arman. Gadis itu pun masuk dan tersenyum lembut.
      "Terima kasih En. Arman. Saya Ilya Maisara datang nak temuduga.", sapa lembut Ilya. Gadis yang bernama Ilya Maisara itu telah membuatkan Arman terpegun. Adakah kerana kelembutannya? Atau adakah sesuatu berlaku di antara mereka?

                    PILIHAN DI TANGAN ANDA....
                    Andalah menentukan jalan cerita ini.....


Nak tahu sambungan cerita Di Antara Garisan? Awak semua bolehlah memilih jalan cerita di ruangan Poll yang saya telah sediakan...jalan cerita yang memiliki UNDIAN TERTINGGI akan saya pilih untuk jalan cerita seterusnya....

2 comments:

yanamib said...

thanks 4 viewing my blog..
nice cerpen...^_^

btw slmt menyambut hr raya aidilfitri...

Azri Janudin said...

thnk you....just nk kongsi tinta dengan semua...ni bukan cerpen la...tp novel yang berdasarkan keinginan pembaca

Post a Comment

::T.H.A.N.K. Y.O.U::