Adakah Arman akan pergi menyapa Aleesa?

Di Antara Garisan Ep 2

Episod 2

    "Ilya...lamanya tak jumpa? dah besar lah awk eh, dulu kecil je.", sapa Arman yang terkejut dengan gadis kecil yang dikenalinya semasa belajar di universiti dulu.
    "Masa dah banyak berubah Man. so, you la yang akan interview i ke? Sorry kalau apa yang you nak tak dapat.", sindir Ilya yang masak benar dengan perangai playboy Arman.
    "Awak sindir saya ke? Masa dah berubah. Orang pun berubah Ilya.", jawab Arman sambil tersenyum kambing. Dia tahu yang Ilya masih marahkannya kerana pernah mempermainkan perasaan hatinya dulu.
    "Yeke?i tak tahu pulak you boleh berubah. So, can we start our interview?", balas Ilya lembut sambil menghulurkan resumenya itu.
    "Boleh, so bila awk boleh start kerja?", balas Arman sambil menilik resume Ilya.
    "Ha? you tak tanya apa-apa terus ambil i kerja?", tanya Ilya hairan dengan sikap Arman.
    "Saya ada hak nak ambil sesiapa saja yang saya nak. So, welcome to Mawar Holdings. Awak dah pun diterima bekerja di syarikat ni.", balas Arman sambil tersenyum melihatkan Ilya yang kehairanan.
    "I pelik betul dengan sikap you ni. Langsung tak berubah, asyik sombong je. Oklah, kalau macam tu esok saya akan datang kerja."balas Ilya yang masih kehairanan.
    "Baiklah, selamat bekerja dengan saya.", balas Arman tersenyum sambil melihat Ilya berlalu pergi dari biliknya.

               Ilya, gadis yang dikenali Arman semasa belajar bersama-sama di University of California di USA dulu. Mereka pernah berpacaran semasa di kampus dulu dan Arman jugalah yang telahpun menghancurkan hati Ilya dengan berhubungan dengan ramai perempuan.

    Arman meneruskan kerjanya seperti biasa dengan melawat tapak projeknya di Kg. Baru. tempat itu merupakan tapak projek yang paling bernilai buat Mawar Holdings. Dan disebabkan itu, ia diuruskan sendiri oleh Arman atas arahan bapanya. Sambil Arman melihat kertas projeknya bersama pengurus projek serta kawannya Zack tiba-tiba dia terpegun dengan wajah seseorang yang tidak dikenalinya.

    "Ayunya budak ni. Siapa dia?", tanya Arman di dalam hatinya sambil melihat gadis itu berlalu pergi dari pandangannya itu. Arman segera mengejar gadis itu tapi gadis itu seperti lenyap dan Arman tidak dapat mengejarnya lagi.
    "Man!!apa yang kau kejar itu?" tanya Zack kepada kawannya itu sambil menghampirinya.
    "Kau nampak tak awek yang lalu tadi tu?" balasnya lembut.
    "Awek mana? Aku tak nampak pun. Kau ni angau tengah hari buta ni, angau la masa nk tidur nanti." balas Zack yang hairan dengan sikap kawannya itu.
    "Dah la, jom pergi lunch. Aku dah lapar dah ni. kita bincang pasal logistik tu masa lunch nanti.", sapa Zack yang tidak pedulikan angau Arman itu sambil berlalu ke keretanya.
    "Aku mesti cari gadis tu. walau apa pun yang terjadi" getus Arman sendirian sambil berlalu pergi mengekori kawannya itu.

     Sesampainya mereka di kedai makan di Kg. Baru, Arman sekali lagi terpegun kerana gadis yang dilihatnya di tapak projeknya itu muncul kembali.

                        Sambungannya terserah kepada pembaca yang setia. Jangan lupa mengundi jalan cerita seterusnya. sehingga berjumpa lagi dan di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca blog saya. Jika beraya tu jangan dilupakan kepada yang tak dapat beraya yer...apa la yang saya mengarut ni...


            Baiklah ikuti sambungan Di Antara Garisan selepas raya.

0 comments:

Post a Comment

::T.H.A.N.K. Y.O.U::