Adakah Arman akan pergi menyapa Aleesa?

Di Antara Garisan Ep 3

Episod 3


     Arman memerhatikan gadis itu dan melihat di mana dia pergi. Gadis itu berhenti sebuah kedai buku berdekatan dengan tempatnya makan. Dia pun mengambil kesempatan untuk masuk ke kedai itu dengan tujuan untuk menyapa gadis itu. Sambil ia mendekati gadis itu,


                   "Hai. Awak suka ke buku ni? Saya pun suka gak." sapa Arman sambil tersenyum. Dia tidak tahu mengapa dia mempunyai keberanian. dia tahu yang sudah lama dia tidak berfoya-foya. Perangainya pada masa belajar dulu telah lama ditinggalkannya. Dia sedar jika dia sudah mengenali gadis ini pasti pada suatu hari dia akan menceritakan kisah hidupnya kepada gadis itu....


                    "Oh, yeke? Saya tak tanya pun.", balas gadis itu menyindir. Dia tahu jika lelaki yang menyapanya seperti itu hanya mahu memikatnya sahaja. Baginya, semua lelaki hanya memandang kepada rupa dan tubuh perempuan sahaja. Mereka tidak pernah memikirkan hati perempuan sendiri betapa mereka menghargai cinta yang diberi lelaki itu. Tetapi dia juga menyedari bahawa lelaki di depannya itu agak kacak.


                     "Kasarnya bahasa, maafkan saya kalau saya mengganggu awak. Sebenarnya dari tadi lagi saya telah memerhatikan awak. Dan jika tak keberatan boleh tak kita kenal? Nama saya Arman.", balas Arman secara terus terang. Dia amat terkejut dengan respon gadis itu. Dia tidak menyangka akan bertemu gadis seperti ini. Di dalam hatinya berkata, "Ayu tapi garang, macam Ilya".


                     "Yeke? Baguslah, lelaki memang kena diperlakukan sebegitu. Ok, thanks sebab memerhatikan saya tapi saya tak minat untuk kenal dengan awak.", balas gadis itu sambil berlalu pergi meninggalkan Arman kebingungan. Arman hanya memerhatikan gadis itu dari jauh sambil memikirkan mengapa begitu sekali bencinya dia kepada lelaki. Tetapi sifat kelembutan gadis itu masih terserlah dan ia juga telah menyemarakkan lagi dia untuk mengenalinya. Arman berlalu pergi dan dia sudah terlupa bahawa kawannya itu telah lama menunggunya.


                     "Kau pergi mana Man? Lama betul aku tunggu kau, sampai aku dah abis makan dah pun. Pergilah makan.", kata Zack tertanya ke mana sahabatnya itu pergi.
                     "Tak apa la Zack. Aku tak laparlah. Jom kita balik office. Banyak paperwork aku kena siapkan.", balasnya yang masih memikirkan tentang gadis yang ditemuinya tadi. Dia seakan-akan telah terkena panahan cinta yang dipanah oleh gadis itu. Sebenarnya sudah lama dia tidak merasai rasa di dalam hatinya itu. Dia sedar sejak putus dengan Ilya dia sudah berjanji yang dia takkan mempermainkan perasaan wanita lagi kerana dia menyesal menghancurkan hidup Ilya sendiri. Semasa di universit dulu Arman telah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Ilya. Mereka bercinta dan telahpun berjanji untuk hidup bersama. Tetapi hati manusia sentiasa berubah, entah mengapa Arman tiba-tiba berubah sikap. Dia menjadi semakin liar, berbekalkan wajahnya yang agak tampan dia berhubungan dengan ramai gadis. Ia membuatkan Ilya sangat kecewa dan pergi meninggalkan Arman tanpa memberi khabar berita.


                      "Wei, apa yang kau mengelamun tu?", tegur Zack kepada kawannya itu.
                      "Tak ada apa-apa, cuma memikirkan macam mana nk siapkan paperwork yang berlambak tu.", balas Arman mengelak. Dia tak mahu kawannya itu mengetahui rasa yang ada di dalam dihatinya. nanti kawannya menganggap dia perasan pula.


                      "Kau naik la pejabat dulu. Aku nak pergi beli majalah jap", kata Zack sambil berlalu pergi. Arman pun berlalu menuju ke pejabatnya. Sampainya dia di pejabat bapanya telahpun menunggu di dalam biliknya.


                       "Ha..baru balik dari site ke? Macam mana projek tu?", tanya Tan Sri Zakaria kepada anak terunanya itu. "Ok ayah, cuma ada bahan mentah yang belum sampai lagi. Ayah buat apa kat sini?", jawab Arman lembut. Dia tahu bahawa ayahnya itu amat risau dengan projek di Kg. Baru itu yang dianggap oleh orang sebagai Segitiga Emas KL. Dia tak mahu ayahnya risau dan disebabkan itu dia akan buat yang terbaik untuk tidak mengecewakan ayahnya.


                         "Ayah ada sesuatu nak beritahu sebenarnya. Pegawai Operasi kita di Melbourne meninggal. So, ayah nak Arman pergi Melbourne untuk handle projek di sana.", kata Tan Sri kepada anaknya itu. "Yeke? Innalillah hiwirajiun. Tapi siapa nak handle projek di sini?", tanya Arman kepada ayahnya. "Tak apa, ayah dah ada calon untuk gantikan kau.", balas ayahnya lagi. "Siapa?", tanya Arman lagi ingin tahu. "Esok dia akan datang sini tapi kau akan pergi kan?", tanya ayahnya lagi.......


* Adakah Arman akan pergi ke Melbourne? Andalah yang akan menentukannya. Ikuti Episod seterusnya pada hari SABTU 3/10/1009.. Dan jangan lupa untuk mengundi pilihan cerita ini... Andalah penentu cerita ini...Jumpa di hari sabtu


  

0 comments:

Post a Comment

::T.H.A.N.K. Y.O.U::