Episod 5
Ilya bergegas ke TS kerana telah terlambat untuk berjumpa adiknya itu. Dia telah berjanji dengan adiknya pada jam 2.00 petang. Tetapi dia telah terlewat setengah jam.
"Kak, lambatnya akak sampai. Berpeluh Aleesa tunggu.", kata adiknya itu kepada akaknya.
"Sorry la adik, akak tak sengaja. Bos akak la bagi kerja banyak sangat. Jom makan ya, akak belanja.", balas Ilya memujuk adiknya yang merajuk itu.
"Nasib baik akak belanja.", balas Aleesa sambil tersenyum.
"Baiklah akak ada berita gembira. Akak dapat naik pangkat. ", kata Ilya memulakan bicaranya sambil tersenyum.
"Yeke kak? Bukan ke baru 2 hari akak kerja. Jangan-jangan tipu tak orang tu?", balas Aleesa seperti tidak percaya apa yang didengar.
"Tak adalah, surat perlantikan pun akak dah dapat. Takkan nak tipu lak, lagipun Mawar Holdings tu besar adik.", jawab llya tenang menerangkan kepada akaknya.
"Tahniah la kak,dapa gaji boleh belanja Aleesha shopping. Aleesha pun ada benda nak beritahu akak. Aleesha dapat tawaran belajar ke Australia, University New South Wales dalam bidang pengurusan perniagaan. Ok tak kak?", balas Aleesha sambil menerangkan kepada akaknya itu.
"Yeke dik, alhamdulillah. Pandai adik akak ni. Bila pergi adik?", balas Ilya sambil mencubit pipi adiknya itu.
Sedang mereka makan, di suatu sudut.
"Mana nak cari makan ni?",tanya Arman kepada kawannya itu.
"Aku tengah nak carilah ni, kau pun satu majlis perpisahan nak buat masa sekarang. Macam lah tak ada masa lain.", jawab Zack yang sabar dengan karenah Arman.
"Ala, bila lagi kau nak belanja aku. Nanti kau belanja partner kau je.", usik Arman sambil melilau mencari-cari tempat makan. Sedang Arman mencari tempat makan matanya tertumpu ke kelibat wajah yang amat dikenali dan dirinduinya. Gadis idaman yang selalu menghantui hidupnya. Tetapi Arman amat terkejut.........
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment