Adakah Arman akan pergi menyapa Aleesa?

Di Antara Garisan Ep 6

Episod 6

          Arman cuba melihat kembali apa yang dia nampak. Dia tertanya-tanya apakah betul apa yang dia nampak itu? Tidak mungkin gadis itu bersama dengan Ilya. Apakah hubungan gadis itu dengan Ilya? Apakah betul apa yang difikirkannya? Yang gadis itu mempunyai hubungan kawan dengan gadis itu. Mungkin dia perlu menyapa mereka.

           "Cuba kau tengok kat sana Zack. Partner kau ada kat sana.", balas Zack sambil menepuk bahu kawannya itu dan pergi ke arah Ilya.
            "Yela, Jom kita pergi, boleh makan sekali kat situ.", jawab Zack sambil mengekori kawannya itu ke arah Ilya.
            "Hai Ilya, patutlah hilang terus masa lunch tadi, rupanya dah sampai kat sini. Boleh kami join?", sapa Arman kepada Ilya. Ilya terkejut dengan kehadiran Arman dan Zack disitu tetapi dia tahu bahawa ini tempat awam dan siapa sahaja pun boleh ada disini.
             "Boleh je, by the way kenalkan ni Aleesa, adik I. Duduklah.", balas Ilya sambil memperkenalkan adiknya itu kepada Arman dan Zack.
             "Adik you ke?", balas Arman ringkas dan dia amat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Ilya itu. jangkaannya meleset tetapi tambah memburukkan lagi bahawa dia seperti tiada peluang untuk mengenali gadis itu disebabkan sejarah silamnya bersama Ilya. Ilya mungkin telah menceritakan segalanya kepada adiknya itu tentang apa ang dibuat olehnya terhadap kakaknya itu.
             "Ya, ni adik I. Kenapa?", balas Ilya kebingungan.
             "Tak ada apa-apa. Just terpegun dengan kecantikan adik you.", balas Arman mengelak dari membuat Ilya terperasan bahawa dia pernah berjumpa adiknya itu.
             "Aku laparlah, kau nak makan apa? Aku order sekali.", celah Zack ringkas.
             "Kau beli je apa pun. Asalkan mengenyangkan.", jawab Arman ringkas sambil memerhatikan gadis itu dan Ilya. Dia pun duduk di sebelah gadis itu sambil memulakan bicara.
             "Awk Aleesa ya. Nice to meet you.", sapa Arman sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.
             "Ya, saya Aleesa, macam mana awak dengan akak saya boleh kenal?", tanya Aleesa sambil menghulurkan tangannya kembali tanda perkenalan. Tetapi di dalam hatinya itu dia sedar bahawa dia pernah bertembung dengan lelaki itu di kedai buku.
              "Akak awak rakan sekerja saya. Satu pejabat sekarang ni.", balas Arman ringkas.
              "Kiranya orang bawahan akak saya la ni.", balas Aleesa yang cuba menyakitkan hati Arman. Tapi dia tidak bermaksud pun untuk merendahkan martabat Arman.
              "Adik!!Bukanlah dia....", balas Ilya tetapi dicelah oleh Arman.
              "Ya, saya orang bawahan dia. Garang akak awak.", celah Arman sambil menjeling kepada Ilya. Dia tidak mahu Aleesa tahu bahawa dia adalah orang atasan Ilya dan orang yang telahpun melukakan hati Ilya.
            
            


               Di pejabat, sambil Arman mengemaskan barang-barangnya untuk dibawa ke Melbourne. Tiba-tiba, Ilya masuk ke bilik itu untuk mengemaskan barangnya juga.
               "Opps, sorry, tak tahu you ada kat dalam bilik juga. Tak apalah I keluar dulu.", kata Ilya yang rasa bersalah kerana tidak mengetuk pintu dahulu.
               "Its ok Ilya, I pun ada benda nak cakap dengan you.", balas Arman sambil menarik tangan Ilya. Tiba-tiba Ilya terasa sesuatu yang sudah lama dia tidak rasakan. Dia sedar yang dia masih mencintai Arman tetapi kerana sikapnya itu membuatkan dia benci kepada Arman. Tetapi semakin dia membenci Arman semakin sayang dia kepada Arman. Biarlah dia memendam rasa kerana dia tidak sanggup untuk dikecewakan lagi oleh Arman.
               "Its about us. I nak minta maaf tentang apa yang I telah buat kat you. I tahu yang susah untuk you maafkan I tapi percayalah I telahpun bertaubat. I tak nak lukakan hati perempuan lagi.", terang Arman lembut kepada Ilya. Ilya terpaku dengan renungan Arman yang sudah sekian lama memikat hatinya itu. Dia tak dapat melupakan Arman sejak dia putus dengan Arman.
               "I tak tahu nak cakap apa Arman, hati I terluka dan I tak tahu kalau I boleh terima maaf daripada you. I terima semua tawaran kerja ni pun disebabkan Tan Sri.", balas Ilya yang tidak sanggup untuk meluahkan kata-kata itu kerana sayangnya kepada Arman.
               "I tahu tak mudah bagi you untuk lupakan perkara itu. But, if one day you boleh maafkan I, I harap you akan maafkan I. Apa pun good luck dengan kerja baru you ni, I harap you akan dapat bagi komitmen terhadap Mawar Holdings.", balas Arman yang sedar Ilya takkan memaafkan dirinya diatas kelakuannya itu. Terlalu banyak kesalahannya kepada Ilya cuma dia berharap ilya akan memaafkan dirinya suatu hari nanti. Arman berlalu pergi setelah siap mengemaskan barangnya.
               "Arman, I ada satu permintaan kecil dari you, hope you boleh tunaikan.", tanya Ilya sebelum Arman berlalu pergi.
               "Apa dia Ilya? Kalau I boleh tolong I akan tolong.", jawab Arman yang gembira Ilya telah mula menerima akan dirinya.
               "I harap you dapat jaga adik I semasa you berada di Melbourne nanti. Dia dapat tawaran belajar di sana. I harap you pun berjaya dengan projek di Melbourne tu.", jawab Ilya ringkas. Dia sedih kerana Arman aka pergi meninggalkannya. Segala kata yang diucapkan kepada Arman bukanlah dari hatinya sebenarnya. Dia tidak mahu Arman pergi, jauh di lubuk hatinya dia berharap yang dia dapat bersama dengan Arman kembali.
                "Insyaallah Ilya, I akan jaga Aleesa di sana.", jawab Arman ringkas.
                "Thanks Arman. Good luck.", ucapan terakhir ilya sambil melihat Arman berlalu pergi. Dia tahu bahawa dia tidak akan melihat Arman lagi untuk suatu masa yang lama. Tapi dia berharap dia akan bertemu dengan cintanya itu sekali lagi.

1 minggu selepas itu....

                 "Ibu, janganlah sedih ya. Arman pergi kejap je. Lepas habis projek Arman balik ya.", pujuk Arman kepada maknya itu yang sedih kerana anaknya akan pergi sekali lagi meninggalkannya.
                 "Kat sana jangan nakal-nakal pula. Sembahyang jangan tinggal ya, ingat adat budaya kita kat sana.", nasihat maknya kepada Arman.
                 "Baik mak, jangan risau Arman ikut cakap ibu dengan ayah. Oklah ayah,ibu Arman nak bertolak dah ni. Zack, kirim salam lah budak-budak kita ok. Sorrylah sebab tak sempat nak jumpa diorang.", kata Arman kepada ibubapanya serta kawannya itu. Dia juga berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan mereka tetapi inilah peluangnya untuk membuktikan kepada ayahnya bahawa dia berkebolehan untuk menguruskan empayar ayahnya.

Di dalam pesawat.....

                 "Haus pula tekak aku ni, baik aku ambil minuman kat cafe.", kata Arman di dalam hati. Dia sebenarnya agak takut untuk menaiki kapal terbang walaupun pengangkutan itu adalah yang paling selamat di dunia. Tiba-tiba, Arman terlihat Aleesa yang sedang duduk di cafe sendirian......Adakah Arman akan pergi menyapa Aleesa?

Nantikan Episod seterusnya pada 08/10/2009....Jangan lupa untuk mengundi kisah seterusnya.....

    

0 comments:

Post a Comment

::T.H.A.N.K. Y.O.U::