Adakah Arman akan pergi menyapa Aleesa?

Di Antara Garisan Ep 4

Episod 4


          "Baiklah ayah. Arman akan pergi ke Melbourne tapi Arman nak tahu siapa yang akan ganti Arman di sini.", balas Arman lembut kepada ayahnya yang betul-betul inginkan anaknya itu menruskan legasinya di Australia. Tapi pada masa yang sama Arman berbelah bahagi kerana hatinya kini sudah terpaut dengan gadis yang dijumpainya tempoh hari. Walaupun tidak kenal nama tetapi dia merasakan ada satu kuasa yang membuatkan dia terpikat dengan gadis itu. Wajahnya, kelembutannya serta sifatnya yang jinak merpati itu menjadikan dia begitu sekali ingin mengenali gadis itu. Dia bertanya kepada dirinya sendiri adakah dia akan bertemu dengan gadis itu setelah dia berangkat ke Australia? Adakah dia akan diberi peluang kedua untuk mengenali kaum hawa ini dengan lebih dekat?

          "Baguslah tu, ayah harap kau akan menjayakan projek di sana. Tentang hal itu tak payahlah kau risau kau masih kena terangkan tugas kau kat pengganti kau nanti. Baiklah ayah nak jumpa mak kau di Pavillion nanti mengamuk pula mak kau tu. Ayah pergi dulu.", balas ayahnya yang amat gembira dengan keputusan anaknya itu. Ayahnya percaya bahawa anaknya itu mempunyai potensi yang amat besar di dalam bidangnya itu. "Baiklah ayah, kirim salam dekat mak ya.", balas Arman sambil melihat ayahnya berlalu pergi. Di dalam hatinya tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikannya nanti. Adakah dia berkebolehan seperti dirinya. Secara tak sedar dia menguntum senyuman kerana telah mendapat kepercayaan daripada ayahnya itu untuk menguruskan sepenuhnya operasi syarikat ayahnya. Dia percaya akan dirinya itu.

          "Adakah kita akan bertemu lagi? Aku ingin sangat mengenali dirimu. berilah aku peluang Ya Allah untuk sekali lagi merasai nikmat cinta kurniaan darimu. aku telah pun melakukan kesalahan dahulu tetapi aku telah pun bertaubat.", Arman mengelamun sendirian memikirkan peluangnya yang semakin kelam.

          "Woi! Apa yang kau amunkan tu?", gertak Zack kepada kawannya itu yang tak menyedari kehadirannya itu.
          "Kau ni buat aku terkejut je la. Nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tak, tak sempat aku pergi Australia", balas Arman sambil terkejut dengan teguran kawannya itu yang masuk tiba-tiba ke dalam biliknya.
          "Ha? Kau nak pergi Australia? Bila? patutlah Tan Sri datang tadi, dia nak beritahu kat kau tentang tu ke?", tanya rakannya itu seperti polis pencen. Dia juga terkejut dengan khabar yang disampaikan oleh kawannya itu. Dan itu juga bermaksud segala operasi yang sekian lama dilakukan bersama Arman akan diambil alih oleh orang lain. "Siapa akan gantikan kau nanti?", tanya rakannya lagi untuk menjawab persoalan yang terbenak di dalam hatinya itu.
          "Rilekslah, bukan esok pun aku nak pergi. Aku pun tak dapat apa surat lagi tapi dalam masa terdekat ni lah. sebab pegawai kita kat sana dah meninggal so aku kena ambil alih projek kat sana. Projek RM15 juta tu kalau tak handle betul-betul habislah. Tapi ayah aku tak beritahu aku lagi siapa partner kau nanti entah-entah kau ke yang gantikan aku kat sini.", balas Arman sambil ketawa dengan tingkah rakannya itu seperti kera kena belacan. Dia juga merasa sedih kerana terpaksa berpisah tetapi kerana tugas perlulah berkorban.
          "Tak adalah. Aku bahagian pengurusan bukannya ada kejuruteraan pun. Lainlah kau ada dua-dua.", balas Zack sambil menggelengkan kepalanya itu. Dia tahu dia bukanlah calon sesuai untuk menggantikan rakan baiknya itu. Di dalam hatinya itu tertanya-tanya siapakah akan menggantikan Arman.

Keesokannya..........
09.03.2010
9.00 Pagi


           "Selamat pagi En. Arman. Cik Ilya sudahpun menunggu kat dalam bilik mesyuarat untuk penyerahan tugas", sapa setiausahanya sambil menyerahkan beberapa fail penting untuk kegunaan bosnya itu. "Ilya?", balas Arman yang terkejut dengan pengganti yang dipilih ayahnya itu. Dia seakan tidak percaya bahawa bekas teman wanitanya itu akan menggantikan dirinya di sini. "Baiklah, bagi saya semua fail tu. Dan hantarkan saya 2 cawan teh kat bilik ya.", kata Arman lagi sambil mengambil fail dan berlalu pergi menuju ke bilik mesyuarat.

            "Selamat pagi Ilya. Dah sarapan?", sapa Arman kepada Ilya yang telahpun menunggu dirinya sejak jam 8.00 pagi.
            "Sudah Encik Arman", balas Ilya ringkas kepada bos barunya itu. Dia sedikit berang kerana terpaksa menunggu lama dan menyebabkan segala kerjanya itu tertangguh.
            "Baiklah. Tan Sri ada cakap apa-apa tak tentang kenapa you kena jumpa I?", balas Arman sambil membuka fail yang dipegangnya itu.
            "Tak tahulah. You la beritahu I.", balas Ilya ringkas lagi. Dia tak mahu memanjangkan cerita kerana kalau boleh dia tidak sanggup untuk menatap muka bekas teman lelakinya itu kerana kisah lalu yang masih menghantui dirinya itu.
            "Baiklah, tahniahlah kerana dalam masa 2 hari you dah berjaya pikat hati Tan Sri untuk menguruskan segala urusan di sini. Maknanya you akan handle everything in this office. You are new Chief Operation Officer untuk Mawar Holdings. So, I kena briefing sikit tentang tugas you kat sini.", balas Arman sambil menghulurkan tangan untuk memberi jabat tahniah kepada Ilya.
            "Ha? Why me? I tak layak untuk jawatan tu, lagipun I masih baru dalam Mawar Holdings. Maybe you joke kot, please tell me what exactly your purpose to meet me? If saja-saja tak payahlah nak buat macam ni.", balas Ilya yang amat terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Arman.
            "Kenapa you tak percaya? kalau tak percaya, nah ambillah telefon ni dan call Tan Sri. Tugas I di sini pun untuk brief dengan you pasal tugas bukan saja-saja nak jumpa you la", balas Arman yang sedikit berang dengan tuduhan Ilya itu sambil menghulurkan telefon kepadanya.
            "Can you find somebody else to replace me? I'm not that qualified.", balas Ilya yang sedar Arman sedikit marah dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Dia tahu dia tak patut untuk berkata seperti itu kerana dia tahu Arman sangat profesional.
            "I'm sorry. That's not my decision. You nak replacement you beritahu Tan Sri sendiri, but you know who Tan Sri is, kalau dia cakap A kita kena buat A. Ok, lets talk about your job ok. Biar I panggil partner you sekali.", balas Arman sambil menekan interkom untuk memanggil Zack.
            "Ok, I terima.", balas Ilya lemah. Dia tahu tiada siapa yang boleh mengubah keputusan Tan Sri. Oleh itu, dia terpkasa menerima cabaran yang diberikan oleh ayah Arman itu.

             "Kenapa kau panggil aku?", sapa Zack.
             "Duduklah. Kenalkan ni Ilya partner baru kau kat sini, and Ilya ni Zakrul Iman bin Tajudin your new partner kat sini. Aku panggil kau sebab nak kau brief sekali tentang tugas Ilya.", balas Arman ringkas kepada Zack sambil menyerahkan beberapa fail kepada Zack.
             "Ok, so, where are we right now?", tanya Zack sambil membuka fail.
             "Tak mula apa pun lagi. Tunggu kau lah. so,can we start?", tanya Arman kepada kedua pegawainya itu.
             "Ok.", balas Ilya dan Zack ringkas.

             "Adik, Jom pergi makan, ada sesuatu yang akak nak beritahu.", kata Ilya kepada adiknya Aleesa.
             "Berita apa akak?macam penting je. Aleesa pun ada berita nak beritahu akak ni. Macam mana kalau kita jumpa dekat TS?", balas adiknya itu memberi cadangan.
             "Oklah kalau macam tu. Kita jumpa kat Times Square dalam pukul 2 petang waktu lunch.", balas Ilya setuju.
             "Ok akak.", balas Aleesa ringkas.

* Episod Back to Back

2 comments:

Along Arman said...

sorry lambat datang sini..
sebenarnya dah lama tingalkan dunia novel..
jalan cerita yang menarik.. tapi perlukan susunan ayat yang lebih matang.. ayat skang pun ok.. tapi rasanya awk bleh buat lagi bagus dari ini.. cuba buat rujukan dengan membaca novel² dari pengarang yang popular..

Azri Janudin said...

ok...thank you Along...saya pun dah lama tak karang novel...dulu rajin la...ok..selalu lah singgah ye...

Post a Comment

::T.H.A.N.K. Y.O.U::